Latar belakang dan keluaran Pulang_(lagu)

Yuna dan SonaOne telah membuat perjanjian ketika bersetuju untuk merakamkan "Pulang", sekaligus perjanjian berkenaan berterusan selepas ini.[2] Dalam temuramah bersama New Straits Times Yuna menjelaskan beliau menulis "Pulang" di Los Angeles pada awal 2016, AG Coco menggubah lagu tersebut: "Apabila beliau berikan lagu itu kepada saya, saya gembira kerana mendapati bahawa ia berada pada getaran yang sama seperti lagu-lagu di dalam Chapters. Saya mahu memberikannya kelebihan. Kemudian saya teringat saya sentiasa mempunyai idea untuk bekerja dengan SonaOne. Sebaik sahaja saya memberitahunya bahawa jika komposisi kami dapat disusun bersama dengan indah, kita harus cuba. Jadi saya mendekatinya dan bertanya sama ada beliau ingin menjadi sebahagian daripada projek itu,".[3]